Saturday, 31 December 2011

As Salam

Huiiii.. lamanya tak update blog... rasa rindu pun mula bercambah..
Apa habaq semua..???

Monday, 12 September 2011

Cinta Sejuta Tahun

Cinta sejuta tahun
Terhimpun diatas pedati usia
Lalu
Kuusung menyusuri jalan kecewa..
Pepohon masa
Menggugurkan daunnya
Lalu angin menjerit hiba
Ranting sesal bertaburan...
Rupanya, dihujung jalan kecewa itu
Ada kekasih sedang menunggu
Terimalah hantaran ini
Aku syukuri nikmatMu

Wahai Pungguk

Pungguk...
Usah kau beri bejana rindu
Padaku
Kerna tasik hatiku
Telah lama kering..
Usah kau sangkut indahnya mimpi
Diranting usiaku
Kerna
Julai harapan telah lama kupatahkan..
Usah kau kuis resah awan di wajahku
Kerna
Ia cela yang kupendam..
Biarkan aku dilangit malam wahai pungguk
Ditemani bintang-bintang
Yang dahaga sinaranku yang kelam..
Aku pasrah pada yang Esa..

Sunday, 11 September 2011

Gunung cita-cita

Gunung cita-cita
Tinggi mencecah awan
Kusapa puncakmu
Dengan impian..
Pendakian maha perit
Dan dingin beku
Tidak mampu mengawal nafsuku
Untuk menawan tubuh perkasamu..
Kan kuhirup sepuasnya
Haruman kejayaan tanpa batasan..
Sabarlah hati..

Hujan

Hujan
Menangis diluar jendela
Menakung airmatanya
Digeluk hatiku
Tumpah membanjiri jiwaku..
Bangkitkan resahku..
Lalu
Ingin kupancar mentari gembira
Dicelah gerimis airmata
Supaya yang tiba
Adalah pelangi
Untukmu..

Senyumlah hujan..
Pasti mentari akan tiba..
Dihujung airmata..

Friday, 9 September 2011

Kamu

Kamu
Ya.. Kamu itu
Yang mengintai kamar hatiku
Dengan pelita impian dihatimu..
Lihat.. Rantai sepi dikaki ini..
Membelenggu.. dingin.. membeku..
Kuncinya hilang.. entah dimana..
Maafkan aku..
Kalau kamu
Yang bertandang itu..
aku biarkan tertunggu.. 

Thursday, 8 September 2011

Pelangi

Engkau pelangi
Warnamu dan warnaku
bersatu
dalam angan-anganku..
Sudah aku susuri jaluran warnamu..
Yang penuh liku..
Ia hujan.. yang menangis..
Ia cahaya.. yang sirna..
Walau kau pamer gemilang warna..
Namun hatimu duka..
Pelangiku..
Kita adalah satu..

Tuesday, 6 September 2011

Cemburu

Sudah lama menunggu..
Rindu cemburu lelaki itu..
Lelaki dambaan jiwaku..
Kerna aku terlalu ingin..
mencari bukti pada setiap tutur katamu..
Pada setiap gerak aksimu..
Tanda-tanda, kamu amat cinta pada diriku..
Kerna.. Cemburumu, bisa menjadi baja pada cintaku ini..
Walau ia juga bisa menjadi racun berbisa..
Cemburulah padaku semahumu..
Aku amat memerlukannya...

Monday, 5 September 2011

Sepi dan Aku

kadang-kadang aku rasa sepi, tetapi selalunya aku rasa benci,
bila kesepian ini membuatkan aku rasa ingin mati...
kupanjatkan doa, kukirimkan rindu
namun aku tetap terasa beku
dan tidak mampu
memadamkan wajahmu dihatiku
ahhh...
mungkinkah kerna sepi
yang aku benci
sebenarnya adalah diriku...???

Thursday, 1 September 2011

Perasaan

ada orang yang sangat sedih
ada orangyang sedikit sedih
ada orang yang agak sedih
begitu juga gembira
bagus juga bersilih ganti
ada masa ketawa
ada masa tersenyum
ada masa muram
ada masa menangis
dan ada masa meraung

tapi yang pasti.. semua dengan cara yang tersendiri...
terimalah seadanya.....
:)

Terkadang

Begitulah kehidupan


terkadang tenang, terkadang ribut
terkadang terkenang, terkadang tersebut..

terkadang benci, terkadang sayang
hati yang sepi, terpikat pandang...
terkadang rindu, terkadang perlu

terkadang sendu cinta padamu...

tapi selalunya...
hati selalu memendam perasaan..
hingga membuat diri terkadang penasaran....

Saturday, 27 August 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua rakan blog dan followers... Semoga hari raya tahun ini diberkati Allah dan dipenuhi dengan kecerian.. InsyaAllah..
Sayang Semua.. sooo  muchhhhhhhhhhhhhhh... mmuuahhh...!!!!!!

Bab 3 "Screen test"

Hari ini adalah hari yang aku tunggu-tunggu.  Aku bagaikan ingin mencapai mentari dan letakkannya segera didada langit (ewahhhh.. bermadah pulakkk..).  Memang tak sabar sebab hari ini adalah hari Screen Test yang aku nanti-nanti.  Eh! pastinya bukan untuk aku, tetapi untuk Rifzman.
Kelmarin, selepas habis meeting bersama Cikgu Hamimi, aku dan Suzi telah berjumpa dengan Rifzman.  Fuh!!.. rupanya, wajah Rifzman ada jerawat kalau dilihat dari jarak dekat, hmmm... mungkin aku perlu memakai cermin mata kot kerana dari jauh Rifzman sungguh kacak.  Namun begitu, Rifzman mempunyai senyuman yang manis.  Giginya cantik tersusun dan putih bersih.
Sebaik sahaja Suzi selesai memberitahu hasrat Cikgu Hamimi, Rifzman tersenyum lebar.  Dari perbualan mereka berdua, baru aku fahami, Rifzman mmg aktif dalam drama sekolah pada waktu beliau ditingkatan 4 dahulu.  Rifzman juga berjanji akan hadir pada Screen Test tersebut.  Ok, so far so good.  Ini peluang baik.  Aku amat berharap aku dapat mengenali Rifzman dengan lebih rapat lagi.  Cuma satu sahaja masalah aku.  Rifzman langsung tidak memandang wajahku.  Jeling pun tidak.  Siot betui laa.. Dia cuma memandang Suzi.  Aku bagaikan tidak wujud disitu.  Ahhhh..!!! Ini sudah tidak patut.  Kenapa Suzi pula, sedangkan aku yang bersusah payah mencadangkan dia kepada Cikgu Hamimah.. bersusah payah..??? hmmmm... tak leh jadi niiii...
Risau.  Memang risau. Risau kalau-kalau Rifzman tidak berminat padaku, tetapi, tidak salah menaruh perasaan bukan.  Well, I better try my luck.. hehehehehe..
Apa nak buat?? Apa nak buat??  Ngeeeeee.... Oppss.. mamak datang hantar mee goreng.  Ah.. sarapan duluuuuu...
Bilik kosong sebelah perpustakaan itu sudah 2 tahun digunakan sebagai Kelab Drama.  Puas jugalah Cikgu Hamimi bertikam lidah dengan Cikgu Mong yang juga mahukan bilik tersebut sebagai Kelab Catur.  Tetapi, Cikgu Hamimi lebih dulu dapat mengatasi Cikgu Mong, kerana suaminya banyak membantu. Suami Cikgu Hamimi adalah guru besar sekolah kami..wink..wink..
Hatiku kembali berdebar-debar.  Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Aduhai la masa.  Kenapa lambat sangat berjalan.  Aku tidak sabar hendak melihat wajah 'hensem' jejaka pujaanku itu.
Budak-budak tingkatan satu dan dua berbisik-bisik sambil berlari anak kearahku.  Oh!! Dia sudah datang.  Amboooiiii... berdetup detap jantungku ini.  Rasa menggeletar pun ada.  Lembut rasa lututku ini.  Terasa malu hendak menatap wajah hensemnya itu.. Ngeeee... What happened to me..???
Tiba.. suppp.. aiittt... Entah dari mana, Rifzman dah terjongol depan pintu.  Wow, wajahnya memukau.  Aku pulak jadi tersipu-sipu, terasa merah mukaku dengan tidak semena-semena.  Aku mencari Suzi dan kulihat Hifzman terus berjalan menuju kearah Suzi.
"Hai... :) "
Suzi hanya tersenyum. Cikgu Hamimi yang berdiri disebelah Suzi membeliakkan mata.
"Kamu Hai kepada Suzi jee.. Saya ni tunggul ke disini..??"
"Eh, sorry cikgu.. Apa khabar cikgu ??" Rifzman selamba membalas teguran Cikgu Hamimi.
Aku tersenyum sendiri. Hmmm... Mamat ni memang sempoi laa..
"Aina Maisarah..!!!" terdengar suara Cikgu Hamimi memanggil namaku.. Oppss.. hehehehehhh... terujaaa betul laaaa....
'Ok, Rifzman sekarang saya nak awak baca dialog ni.. Aina awak tolong mainkan gitar ni, untuk suara latar belakang.."
Oh.. Yesss, pucuk dicita ulam mendatang.
"Baik Cikgu...!!" Kataku dengan penuh semangat.  Rifzman memandangku (yaa.. Rifzman memandangku.. hehehehehhhh... dia sudah tahu aku wujud..) sambil mengangkat kening.

Ok, memang best pun screen test ni.. Kiranya, Rifzman memang ada bakat menjadi pelakon.  Cuma satu jee yang aku tak berkenan, setiap kali dia baca dialog, dia akan tersenyum sambil memandang Suzi, apahal..???  Rifzman syok pada Suzi..?? tapi, aku pasti kalau Rifzman sukakan Suzi sekalipun, besar kemungkinan juga hanya sebelah tangan, sebab setahu aku Suzi sudah berteman.  Aku yang single ni tidak pulak dia perasan.  Huhuhuhu... Hmmm, mungkinkah aku perlu berbincang dengan Suzi..?? Let me think first.  Ahh.. What to do..?? What to do..???

Friday, 12 August 2011

Hmmm... berhenti sekejap menulis sebab exam dah dekat sangat nii..
lepas exam ada bab (3) sedang menanti...
Harap sabar yeeee... :)

Tuesday, 2 August 2011

Bab 2 "Menyeluk Pekasam biar sampai pangkal ketiak masam"

Bangun lewat!!! I hate bangun lewat.  Tapi, aku memang sudah terlewat.  Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Aku tergesa-gesa bangun mencapai tuala dan timba. 
"Oooiiii..!! Nak pegi mana tuu..??" Satu suara menegurku.  Aku tersentak.  Suzi sedang bangun terpisat-pisat.  "Pegi mana..???" Soal Suzi lagi.
"Mandi, kita dah lewat ni.. !!" kataku separuh menjerit.  Hormon Adrenalin, berlumba-lumba memenuhi setiap ruang tubuhku.
"Lewat apa.. Hari ni hari Sabtu???" Soal Suzi kembali.
"Kelas.. dah lupa Kelas..??? Dah janji dengan Cikgu Hamimi, kita ada kelas drama pukul 8.00 pagi..??"
Wow!! Macam masuk pertandingan lumba lari, Suzi bingkas bangun dan mendahului aku ke bilik air. Suzi..!!!, jeritku dan kami saling bersaing.  Sedang berlari-lari, tiba-tiba aku jatuh tersungkur. Aduhhhhhhhhhhhhh.... sakitnya mak ooiiii... macam nangka busuk.  Muka aku berkerut-kerut menahan sakit.  Cilakak, sapa letak kasut tepi jalan niiiii....

Kami sampai di Kelas 4 Anggerik tepat pukul 8:30 pagi.  Cikgu Hamimi sedang bercakap-cakap dengan budak-budak kelab drama membincangkan sesuatu.  Kami masuk perlahan-lahan dan duduk dibangku paling belakang.  Ahli Kelab seramai 20 orang seperti hadir semuanya.  Semua orang seperti endah tak endah saja dengan kehadiran kami.
"Baik.. semua sudah sampaikan??... Suzi boleh datang kedepan??" Soal Cikgu Hamimi.  Aku dan Suzi berpandangan.  Sama ada Cikgu Hamimah tidak sedar kehadiran kami, atau Cikgu Hamimah buat-buat tidak nampak kami masuk tadi.
Seperti biasa, Suzi mempengerusikan mesyuarat.
Banyak betul perkara yang dibincangkan, terutama mengenai kekosongan tempat aktor lelaki yang masih belum terisi.  Oleh kerana, ramai yang enggan menyebut sebarang nama, maka Suzi mencadangkan nama tersebut ditulis diatas sekeping kertas dan dikumpul untuk dipilih.
Bagai, orang mengantuk disorongkan bantal.  Aku cepat-cepat menulis nama Rifzman dan memasukkannya kedalam topi. (Topi busuk budak tingkatan 3 Merah tuu.. Ngeeeee... tapi semua terpaksa kerana dia yang menawarkan diri untuk mengutip kertas)
Suzi dan Cikgu Hamimi kemudiannya mengira nama-nama yang diberi oleh ahli kelab.  Paling banyak adalah Shuaib budak Kelas 6 Atas yang ada taik lalat di dagu kanan itu. Ah! Harap-harap bukan Shuaib.  Tiba-tiba Cikgu Hamimi berkata "Ada satu pencalonan Rifzman.  Siapa kenal budak ni?? Siapa yang mencalonkan ni..?? Dia bukan ahli kelab kan..???"
Alaaaaaammmaakkkk.. berderau darah aku.. Habis laaa.. Nanti semua orang tahu aku yang mencalonkan nama tuuu... Suzi menjeling bagaikan faham aku yang memberi nama Rifzman. 
"Cikgu, memang Rifzman bukan ahli Kelab.  Dia budak baru disekolah ni.  Tapi, dia lawa orangnya cikgu.  Tak tahu la pulak kalau dia pandai berlakon..."
"Okehh.. tugas awak Suzi, pegi tanya dia dan ajak dia audition.  Cikgu nak screen test, okehh..!!"
Aku terasa seperti ingin melompat tinggi-tinggi.  Hah! tak payah bodek Suzi pun. 
Hati aku berbunga-bunga. 
I lappp U Suzi.  Aku menunjukkan isyarat pada Suzi.  Suzi menjelirkan lidah padaku.
Nampaknya impian jadi nyata.  Aku pasti Suzi akan mengajak aku untuk berjumpa dengan Rifzman.  Yahooo...

Saturday, 30 July 2011

Bab 1 "Projek Melobi Suzi"

Hati ini berdetup-detap bila mengingatkan pagi nanti.  Jam didinding sudah menunjukkan pukul 3 pagi, tetapi mata ini masih enggan untuk melelapkan mata.  Aduhai la mata, mengapa masih enggan mahu tidur.  Aduhai la otak, mengapa masih terus ingat dan ingat kepada peristiwa malam tadi.  Huhuhu, bak kata orang sekarang.  Aku sudah ditimpa penyakit angauuu..???
Semalam Rifzman memegang tanganku erat. Gulp. Oppss, silap itu hanya didalam anganku.  Rifzman hanya terpegang tanganku.  Itu pun sebab hendak memegang buku setebal 300 muka surat.  Buku ilmiah bertajuk "Anatomy and Physiology of Human Body" itu menjadi sebab aku dapat mendekati Rifzman selepas Rifzman menunjukkan dengan memuncungkan mulutnya padaku di perpustakaan semalam, kearah buku tersebut.  Kalau tidak, huh, aku hanya dapat memandang Rifzman dari jauh.  Rifzman, lelaki hensem budak 6 A atas itu sudah lama aku perhatikan dari jauh.  Sikapnya yang pendiam (?), pemalu (?) dan sungguh kacak (ok, ok, itu dari pandangan mata aku laa...) begitu menarik minatku.  Kenapa yaa.. ?? Aku sendiri pun tidak tahu.  Kenapa aku boleh berkenan sangat dengan dirinya.  Ramai 'girl friend' tuu..., Suzi rakan baikku pernah mencebik sewaktu aku bertanya tentang Rifzman.  Ramai girl friend..?? Teman wanita..??? Teman perempuan biasa..?? So far, aku tidak pernah dengar tentang Rifzman mempunyai teman wanita, teman wanita biasa atau yang sewaktu dengannya.  Tetapi, telahanku mungkin juga tidak tepat.  Aku mungkin tidak mengetahui, kalau pun dia mempunyai buah hati, buah tangan atau apa-apapun.  Yang pasti, aku tidak peduli.
Aku mengalih tidur kesisi.  Suzi, kelihatan nyenyak tidur.  Berkerekot kesejukan.  Aku bangun dan menyelimutkannya.  Kipas angin diatas syiling berputar ligat.  Aku masih belum dapat melelapkan mata. 
Esok, aku ada projek drama yang perlu disiapkan.  Kami masih lagi mencari-cari aktor lelaki pengganti tempat Hassim yang patah kaki jatuh tangga dirumahnya.  Mahu saja aku mencadangakan kepada jawatankuasa pemilihan supaya memilih Rifzman sebagai pengganti Hassim, tetapi siapa lah aku.  Hanya sekadar ahli kelab.  Sudah tentu ramai yang tidak bersetuju.  "Kamu, something wrong aaa..??"  Agaknya itulah yang bakal dikatakan oleh ahli yang lain padaku.  Tetapi, hmmm... tidak salah mencuba kan..??? Lagipun, pertunjukkan akan dimulakan sebulan lagi.  Crucial time, kata org putih.  Tak salah mencuba, pujuk hatiku lagi.  Esok, aku perlu mencuba esok.  Esok, aku akan mulakan projek melobi. He..he..he.. Mujur, presiden Kelab adalah Suzi.  Ya, Suzi.  Kamu kini adalah pujaan hatiku. Jadinya, aku namakan projek ini sebagai "Projek Melobi Suzi". Hehehehe...
Tidak pasti pukul berapa aku terlelap, yang pasti aku sudah bangun lewat pagi.

Thursday, 28 July 2011

Pening

Masih lagi dalam dilemma.. cerita apa yang hendak aku karang..?? Aku mestilah membuat cerita yang menarik, supaya aku dapat ramai peminatt... hahaahhahaha... (hmmm.. sungguh angan-angan tinggi.. peminat konon).  Cerita apa yaa..?? Cerita apa niii...??? Hmmm.. kena sambung berfikir lagiii nampaknyaaa... Give me justttt a little bit of time.. Leh..???

Friday, 22 July 2011

Teringin

Okeh.. Aku sedang fikir dan berkira-kira untuk mengarang cerita bersiri.. macam drama bersiri jugak laa.. Agak-agak, ada tak orang yang sudi mengikutinya.. hehehehe.. teringin nak memenuhi impian diwaktu remajaku.. menjadi novelis terkenal.. (tapi, bahasa malaysiaku kini sudah semakin rojak dengan bahasa pasar.. tapiiii... kenapa mesti kalah sebelum mencuba... Baik, cerita sedih atau cerita lucu..?? yang mana satu..?? Atau, aku kombinasikan keduanya..??? Hmmmmm...

Sunday, 17 July 2011

Pergi

Pergi
Kau pergi
Kau pergi kini
Jauh dariku

Kecewa
Hati kecewa
Hati kecewa lagi
dengan sikapmu

Duhai cinta
tidak pernah mengerti
tidak pernah fahami
aku kau pinggiri

Mencari
Aku mencari
Aku mencari kembali
namun tidak mungkin aku temui

Aku hilang.. hilang harga diri

Sunday, 10 July 2011

Surat untuk Hafiz

Hafiz,
Mami percaya abang adalah seorang anak yang baik, berbudi pekerti mulia dan jujur.  Selama ini, tidak pernah lekang, mami memanjatkan doa supaya abang tidak mengikut jejak langkah budak-budak nakal dan menjadi anak yang durhaka.  Tetapi, abang, apa yang Mami rasa sekarang adalah satu kesedihan.  Kesedihan yang panjang yang tidak mungkin dapat dikurangkan.

Kenapa abang, kenapa?  Kenapa abang ponteng sekolah?? Pada hari Mami dapat tahu, abang ponteng sekolah, Mami jadi kecewa sangat-sangat.  Puas Mami bertanya, macam-macam alasan yang abang beri.  Jadi, Mami telah memarahi abang.  Apa yang Mami lakukan adalah semata-mata kerana Mami sangat-sangat kasih pada abang.  Mami minta maaf kalau Mami telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.  Dalam situasi begitu, Mami percaya, Ustazah pun pasti akan hilang kesabaran juga.  Terutama, kalau dapat anak macam abang yang suka memintas cakap orang tua.  Mami sudah cuba untuk bertenang.  Sudah cuba untuk tidak memarahi abang, tetapi ini adalah kali kedua abang ditangkap oleh Achu.  Ya, mungkin Tok agak lurus, dan percaya saja bila abang beritahu, sekolah cuti kerana menyambut harijadi gurubesar.  Nasib baik, Achu tidak semudah itu untuk abang auta.

Hafiz,
Abang sudah lupakah semua perkara yang kita lalui bersama-sama sejak Mami dan Babah berpisah??  Adik Aina masih kecil ketika itu dan tidak mengerti apa-apa tetapi abang sudah besar.  Sudah mengerti.  Jadi, kenapa harus abang jadi begini.  Bukankah kita bertiga, sudah berjanji untuk sama-sama memperbaiki kehidupan kita?

Mami sedih bila mami membaca nota didalam telefon abang tadi.  Abang tulis disitu " Ya Allah, ringankan penderitaan yang sedang aku tanggung ini.  Aku berjanji akan berubah dan menjadi seperti yang ibu aku mahu.  Aku mahu tinggal bersama ibuku.  Aku mahu, ibuku tahu aku sangat sedih melihat dia seorang diri mencari rezeki.  Ringankanlah penderitaan ini ya Allah."  Abang, sekarang baru Mami faham, kenapa abang beria-ia mahu bekerja tempoh hari.  Abang baru berusia 13 tahun.  Abang masih kecil.  Mami faham apa yang abang maksudkan.  Mami faham, anakku.  Apakan daya.  Kita harus tempuh semua ini dengan tabah.  Kita harus cekalkan semangat dan teruskan usaha.  Tidak mudah untuk berjaya, abang. Mami percaya, adik Aina juga pasti berperasaan yang sama.  Mami mahu abang berjaya didalam pelajaran.  Kelak, itu akan menjadi hadiah tidak ternilai untuk seorang ibu.  Biarlah Mami seorang mencari rezeki, itu sudah menjadi tanggungjawab Mami.

Mami sudah berjanji dengan abang dan adik.  Mami akan kotakan janji Mami itu.  Selesai 'Study' Mami nanti, kita bertiga akan bersama semula.  Jadi, sabarlah anakku.  Sabarlah untuk seketika, ya.  Abang jangan merasa bersalah atau merasa sedih.  Mami percaya, Allah bersama kita.

Abang, jangan lupa solat. 

Friday, 8 July 2011

Kereta Slow, Apa hal..????

Balik dari J lalu jalan tuuu... Awal lagi nii.. baru pukul 9 pagi... heeeee... seronok aaa tak dak kereta.. jalan bengkang-bengkok, leh bawak laju..sikittt... (hmmm.. 70-80km/hr tu kira laju tak aaa..??).. aku dah bosan bawak slow.....hehehe..
sampai kat selekoh tu.. tiba-tiba ada pulak kereta itu... Adussss... apahal nii.. kenapa bawak 40km/hr... tak ada pilihan, aku ikut jaaa dari belakang... mmg perlahan betul laaa.. makin lama, semakin resah rasa hatiku... alahaiiii... macam ni, bila nak sampai..????
Aku usha.. punya usha.. punya usha.. last-last, dapat jugak aku memotong kereta slow itu... alamak, dok bercinta rupanyaaaa.. Cissss... patut la aku tengok dari belakang, badan si driver dan si penumpang dekat-dekat... sekali imbas, nampak macam dah berumur sikit la lelaki tuu, yang perempuan, aku tak nampak...
caitttssss... buang masa aku jaaaaa....
Fenomena duduk dekat a.k.a bercinta (aku tak rasa, pemandu tu sedang sakit sebab 1- muka dia senyum jaa, 2-kalau sakit, masih boleh bawak kereta kaa..??) memang selalu aku terjumpa setiap kali aku melalui jalan J itu.. (bukan orang yang sama laaa....).. kenapa eeekkk..???
Sebab jalan itu sunyi kaaa..??? tapi, banyak lori balak lalu tauuu...
hinggakan, aku dah dapat agak, kalau ada kereta slow, besar kemungkinan sebab sedang bercinta.. dah tu, tak dak perasaan pulak tuuuu... atau, buat-buat tak nampak dengan kereta yang sedang ikut dari belakang...
kalau satu kereta dan jalan tak sibuk, aku rasa boleh tahan laaa...
taaaappiiii... ada sekali tuuu, aku kena.. kereta yang ikut belakang tu punya la panjang.. berderet jaa.. mamat tu buat selamba jaaaaa...
dan seperti biasa, bila kita potong kereta tu, muka pemandu mesti sedang senyum, happy...
cisssssssssssssssss.....
tak dak hati perut langsung....
ikut hati sendiri jaaaaa....
yang pasti, ini semua mengundang BAHAYA... bukan sahaja kepada kita tetapi jugak kepada pemandu lain sebab, setiap kali potong kereta slow tu, mesti nak tengok pemandunya.. dan lupa nak memandang kehadapan... bayangkan kalau ada lori dijalan bertentangan tuuu.. huhuhuhu...
lagipun, ini memang boleh mengundang kemarahan niii.. sebab asyik mengekori kereta slow tuu.. kalau ada sebab tu lain laaa e.g. rosak
boleh melambatkan orang yang perlu cepat untuk pergi kemana-mana..

Jadinya menerusi blog ini, ingin aku menasihati semua pemandu.... Tolong Jangan Memandu dan Bercinta.. Sila berhenti, dan bercinta ditempat yang sesuaiiii..... jangan jadikan jalanraya sebagai tempat untuk bercinta... Bolehhhh kaaaa....??????

Friday, 1 July 2011

Cinta

Hari Rabu itu hari yang suram. Mami kasihan melihat Mas yang resah asyik memikirkan tentang teman lelaki yang selalu berbalas sms dengannya.  Memang penat memikirkan kenapa sudah beberapa hari, teman lelaki itu tidak menelefonnya seperti biasa.  Penat memikirkan kenapa, pada waktu begini telefon teman lelakinya itu rosak menyukarkan Mas untuk bertanya khabar. Selama sebulan berkenalan inilah kali pertama Z hilang tanpa berita.  Selalunya Mas akan kelihatan ceria, tetapi tidak hari ini. 
"Z masih belum call??" Mami bertanya.
Wajah Mas kelihatan kelat, walaupun, dia cuba tersenyum.  Mami seakan dapat membaca hati Mas yang sedang kesedihan itu.
"itulah.. dah suruh MMS ja gambar dia, sekarang, kan ka susah.. Nak cari tak tahu alamat rumah.. tempat kerja pun tak pasti dimana.." Mami meluahkan perasaan kesal kepada Mas.  Mas diam.  Ah! Mami rasa bersalah pula.
"apa kata.. kita buat sesuatu.. mau??" cadang Mami.
Mas seperti terpinga-pinga.  "Buat??.. Buat apa Mami??"
"Jom, kita pi cari dia kat tempat keja dia.  Ari tu Mas kata, dia ada cakap kerja dimana kan..???" Mami cuba memberi harapan.  Tumpah perasaan kasih kepada kawan baiknya itu.  Mas tersengih pula. "Malu aahh..!!!"
"ala jom laa.. daripada ang dok susah hati macam ni.. lebih baik kita 'settle' terus"
Wajah Mas bertukar ceria.  "OK.. tapi, mari kita kerumah dia dulu, sebab dekat jaa.. "
"Eh!.. rumah tau pula.."
"Dia baru cakap jaa.. dia dah cakap rumah yg mana.."
"nombor rumah??"
"tak paa.. Mas tau rumah yang mana"
Mas tersenyum gembira.
Petang Rabu itu, cuaca mendung.  Kereta Savvy warna merah, meluncur laju ke arah Alma. 
Taman perumahan ditepi pasar malam dan padang bola itu dihampiri.  Setiap rumah, seperti tidak berpenghuni.  Puas mencari rumah yang dimaksudkan tetapi tidak berjumpa. Mas tidak tahu nombor rumah, tetapi yakin dapat berjumpa kerana sudah diberi tanda rumah hujung ditepi padang bola tersebut.  Tapi, rumah itu, rumah usang.  Seperti sudah lama ditinggalkan.  Mami memandang Mas, Mas memandang Mami.  Mami bagai dapat mengesan kesedihan Mas. 
"Takpa.. jom kita pi tempat kerja dia yaa...!!"
Mas mengangguk perlahan.  Kali ini, Savvy merah meluncur pula ke Butterworth.
Tempat yang dimaksudkan dicari.  Namun orang yg dicari tidak juga berjumpa.  Tiada siapa mengenali Z. 
Tiada siapa yang mengenali Z..!!!!!
Ya Allah.  Kali ini.  Mas menangis tersedu2.  Mujurlah, tiada perkara berlaku diantara dia dan Z.  Selepas, suaminya meninggal beberapa bulan yang lalu, inilah kali pertama, hati Mas terbuka untuk seorang lelaki. 
Alangkah hancurnya hati seorang balu yang mempunyai 2 orang anak yang masih kecil ini.
Lelaki memang mudah datang dan pergi dari hidup ini, tetapi, dengan kehadiran 2 orang itu, tidak mudah untuk seorang ibu menerima lelaki dengan mudah. 
Hingga kehari ini, Mami juga penat memikir.  Apa motifnya, Z datang dan tiba-tiba pergi... :(

Wednesday, 15 June 2011

Study

Monolog:
Hmmm... bila dah tua baru nak sambung belajar.. ini la jadinyaa... buat pertama kali, dalam sejarah study ini, aku dapat mental block.. Total mental block... huhuhu.. dateline 28 June, tapi hari ini, 15 June aku masih lagi belum buat apa2 untuk 2 assignment wajib yang perlu.  Aku tahu aku perlu juga buat semua tuuuu.. aku tauuu.. tapi aku seperti berdegil dan tetap nak relax2, tidur2, tengok tv, baca buku (yang tidak berkaitan) dan buat perkara lain yang kalau orang lain, tentu akan tampar diri sendiri.. come on.. wake-up.. wake-up.. what happened to you..???
Terfikir juga, adakah ini tanda-tanda burn-out..???? rasa letih, lesu dan asyik nak rehat jaaa...
Oh tidakkkk, apa nak buat niii.. apa nak buat niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... 
Okehhh.. jangan panik... jangan panik... Ingat puan cikgu pesan kkkkkk
  • pi mandi... bila mandi badan segar, otak segar.. boleh buat assignment dengan tenang
  • Solat.. ya, solat.. minta tolong dari Allah supaya datang idea-idea bernas... (ya, Allah.. permudahkanlah perkara yang menjadi kesukaran bagiku ini... <3)
  • Duduk di sudut bilik ka,.. bilik study kaaa.. mulakan dengan bacaan Bismillah.. baca ayat2 penerang hati... supaya lapang dada
  • buat ayaq kopi secawan.. boh tepi, senang nak hirup satgi bila mengantuk
  • baca balik, soalan assignment.. rangka, kerja apa yang nak dibuat...
  • lagiiii.. hmmmmm.... oh yaa.. jangan bukak Facebook.. no..no..no... NO... ingatttt...
  • lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... huarrrggghhhhhhhh....mengantuk laaa pulakkkk... tak pa pi tidoq dulu pastu hmmmm... esok pagi laa start buat semua yang disebut diatasssss....
(moralnyaaaa.... Jangan ralit dan jangan suka bertangguh dalam buat kerjaaaaaa.... WAKE UP STARR... YOU BEEN WASTING YOUR PRECIOUS TIMEEEEEEEEE.... )

Monday, 13 June 2011

Hadiah dari Aina

Balik kelmarin Aina hulurkan padaku sekeping sampul duit hari raya.. "Selamat Hari Jadi Mami" kata Aina. Aku berterimakasih seraya mengambil sampul tersebut tanpa membukanya.. "Buka la Mami" kata Aina lagi. Aku terus menyimpannya didalam beg galasku, "Nanti2, kita balik dari Tasik Beris baru Mami baca kkkk..." Aina diam dan hanya berkata "OK..!!"
Seharian di Tasik Beris, aku langsung terlupa tentang sampul duit hari raya itu.
Setelah kami pulang dari Sungai Petani, kerana menghantar Lin.  Setibanya di rumah, sekali lagi Aina, bertanya
"Mami dah tengok belum??",
aku yang kehairanan bertanya "Tengok apa?"
 "Sampul tu.." Ujar Aina
"oh yaa.. Mami lupa. Mana ya??"
Cepat-cepat Aina mengambil beg ku dan mengeluarkan sampul duit hari raya tersebut.  Aina tersenyum simpul dan didalam sampul duit hari raya, terdapat dua keping kertas.
"Mami, Selamat Hari Jadi.  Aina sayang Mami..!!"
Di atas kertas, terdapat 2 buah sajak
Sajak Pertama
Ibu di Hatiku  (daripada Aina untuk mami)
Ibu,
kasihmu tidak terbatas,
Budimu tak minta dibalas.
Ibu,
Nasihatmu beribu-ribu,
Dari dulu tak pernah jemu,
Manis bicaramu memujuk hatiku,
Jika diri ini dilanda pilu.
Ibu,
Setiap kejayaanku kau rai bahagia,
Setiap kegagalanku tidak kau hina,
Tidak terungkap dengan kata-kata,
Betapa dirimu ku sanjung Mulia.
Ibu,
Kaulah Idolaku,
Sentiasa dihatiku
(Selamat Hari Jadi Mami)
daripada Aina...

Sajak Kedua
Puisi untuk Ibu
Terima kasih ibuku,
     Jika kau mentari,
     Kau memberi cahaya kegelapan,
Jika Kau bulan purnama,
Kau menyuluh malamku yang seri,
     Tempat persinggahan pertama ku.
Jika kau laut,
Jika kau bintang,
merenangi dan menyinari.
     Jika kau pelangi,
     kau warnai hari-hariku.
Jika kau bumi yang nyata,
Kan ku terokai khazanahmu.
Jika kau bahtera,
belayar ke lautan luas.
     Jika kau bunga,
     kau hiasi taman hidupku.
Terima kasih kerana mendidik ku, ibu
Terima kasih kerana mengasuhku.
Ilmu mu tidak terhitung,
Tanpa mu siapalah aku,
Terima kasih ibu.
Daripada Aina
Tanpa aku sedari, airmataku membasahi pipi.  Ya Allah, anak ini.  Anakku ini, rupa-rupanya sangat menyayangi aku.  Sangat-sangat menghargai aku.  Sangat-sangat mengharapkan aku.  Ya Allah, aku tidak pernah menyedari betapa dalamnya perasaan anak ku ini terhadapku.
  
"Inilah hadiah yang paling hebat dalam dunia yang pernah mami terima, Aina..!!"
Aku memeluk Aina dan mencium Aina sepuas hatiku.  Segala perit jerih dan kesedihan yang kutanggung selama ini bagai terlerai semuanya kerana mu Aina.  Sebenarnya, mami yang patut berterima kasih padamu.  Maafkan mami yaa...