Monday, 13 June 2011

Hadiah dari Aina

Balik kelmarin Aina hulurkan padaku sekeping sampul duit hari raya.. "Selamat Hari Jadi Mami" kata Aina. Aku berterimakasih seraya mengambil sampul tersebut tanpa membukanya.. "Buka la Mami" kata Aina lagi. Aku terus menyimpannya didalam beg galasku, "Nanti2, kita balik dari Tasik Beris baru Mami baca kkkk..." Aina diam dan hanya berkata "OK..!!"
Seharian di Tasik Beris, aku langsung terlupa tentang sampul duit hari raya itu.
Setelah kami pulang dari Sungai Petani, kerana menghantar Lin.  Setibanya di rumah, sekali lagi Aina, bertanya
"Mami dah tengok belum??",
aku yang kehairanan bertanya "Tengok apa?"
 "Sampul tu.." Ujar Aina
"oh yaa.. Mami lupa. Mana ya??"
Cepat-cepat Aina mengambil beg ku dan mengeluarkan sampul duit hari raya tersebut.  Aina tersenyum simpul dan didalam sampul duit hari raya, terdapat dua keping kertas.
"Mami, Selamat Hari Jadi.  Aina sayang Mami..!!"
Di atas kertas, terdapat 2 buah sajak
Sajak Pertama
Ibu di Hatiku  (daripada Aina untuk mami)
Ibu,
kasihmu tidak terbatas,
Budimu tak minta dibalas.
Ibu,
Nasihatmu beribu-ribu,
Dari dulu tak pernah jemu,
Manis bicaramu memujuk hatiku,
Jika diri ini dilanda pilu.
Ibu,
Setiap kejayaanku kau rai bahagia,
Setiap kegagalanku tidak kau hina,
Tidak terungkap dengan kata-kata,
Betapa dirimu ku sanjung Mulia.
Ibu,
Kaulah Idolaku,
Sentiasa dihatiku
(Selamat Hari Jadi Mami)
daripada Aina...

Sajak Kedua
Puisi untuk Ibu
Terima kasih ibuku,
     Jika kau mentari,
     Kau memberi cahaya kegelapan,
Jika Kau bulan purnama,
Kau menyuluh malamku yang seri,
     Tempat persinggahan pertama ku.
Jika kau laut,
Jika kau bintang,
merenangi dan menyinari.
     Jika kau pelangi,
     kau warnai hari-hariku.
Jika kau bumi yang nyata,
Kan ku terokai khazanahmu.
Jika kau bahtera,
belayar ke lautan luas.
     Jika kau bunga,
     kau hiasi taman hidupku.
Terima kasih kerana mendidik ku, ibu
Terima kasih kerana mengasuhku.
Ilmu mu tidak terhitung,
Tanpa mu siapalah aku,
Terima kasih ibu.
Daripada Aina
Tanpa aku sedari, airmataku membasahi pipi.  Ya Allah, anak ini.  Anakku ini, rupa-rupanya sangat menyayangi aku.  Sangat-sangat menghargai aku.  Sangat-sangat mengharapkan aku.  Ya Allah, aku tidak pernah menyedari betapa dalamnya perasaan anak ku ini terhadapku.
  
"Inilah hadiah yang paling hebat dalam dunia yang pernah mami terima, Aina..!!"
Aku memeluk Aina dan mencium Aina sepuas hatiku.  Segala perit jerih dan kesedihan yang kutanggung selama ini bagai terlerai semuanya kerana mu Aina.  Sebenarnya, mami yang patut berterima kasih padamu.  Maafkan mami yaa...

2 comments:

Bulat said...

Aina anak gadis munggilku berusia 11 tahun..

Shazman said...

Apabila seorang anak mahu menghargai ibubapa mereka, maka apa lagi alasan untuk anak itu digelar anak yang soleh...?