Monday, 4 July 2016

Hah...!!
This is a nice surprise..


Ahahahaha..
Tak sangka pulak dapat masuk kembali kedalam blog ni..
Dah lama tak update sebab lupa password..

Orraaitt..
Saya akan cuba untuk update selalu..

Insyaa Allah..

Friday, 27 June 2014

In Syaa Allah, dalam sehari dua lagi umat islam akan menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan tahun ini, membawa seribu keberkatan kepadaku.

Aku juga berazam untuk rajin-rajin menulis diblogku ini.

:-D

Monday, 12 August 2013

Aku tahu mak rindu abah sangat-sangat.... :'(

Setiap tahun, selepas sembahyang raya, mak dan abah akan jengok kubur Adik Nekmat, Tok, Tok Wan dan Pak Ngah.  Abah memang tidak benarkan mak datang dekat ke kawasan kubur sebab curam dan berbukit.  Ini disebabkan mak mengidap PID (Prolapse Invertebra Disk).  Maka mak akan duduk ditepi menanti abah, sementara abah terus ke kubur.

Tahun ini, mak cuma bersama Hafeez.  Walaupun abah pernah melarang, tahun ini mak berdegil.  Mak pergi juga ke kubur.  Tahun ini abah tidak ada untuk melarang Mak.  Mak pergi untuk melihat kubur Abah, Adik Nekmat, Tok, Tok Wan dan Pak Ngah.  Walaupun curam dan berbukit, Mak gagahi juga.

Mak berdoa panjang dikubur abah, rindu serindu rindunya.  Selama 42 tahun, Mak tidak pernah berpisah dengan abah.  Kemana abah pergi disitu Mak berada.  Hafeez tengok Mak menangis.

Al-Fatihah untuk Abah.. Kami semua merinduimu, Abah...


Tuesday, 12 March 2013

Mak... Mak dulu seorang Guru Kemas.  Bab masak memasak sudah menjadi kepakaran mak.  Begitu juga dengan menjahit, mengubah bunga dan semua perkara yang sewaktu dengannya.  Namun begitu, mak lebih suka memasak.  Pandainya mak dalam bidang memasak, hingga mak pernah ditemuramah oleh pihak stesen radio sewaktu mak mengikut abah bekerja di Sabah.  Aku diwaktu itu masih kecil.  Belum mengerti apa-apa.  Umurku baru sekitar 7 atau 8 tahun.  Namun, begitu aku sudah tahu, bila mak memasak apa saja makanan itu pasti sedap.  Mak juga beberapa kali dijemput menjadi pengadil didalam pertandingan memasak.  Itupun, setelah mak tidak lagi dibenarkan bertanding, kerana setiap kali mak masuk bertanding, mak pasti menang.  Dirumahku, waktu itu, penuh dengan pinggan mangkuk yang cantik-cantik, disusun oleh emak didalam almari.  Semuanya hasil kemenangan kerana memasuki pertandingan.

Pulang ke semenanjung diawal 80an, Mak ikut berniaga bersama TokWan.  Datukku, yang pada waktu memiliki sebuah warung makan menjual nasi lemak pada waktu pagi sahaja, dan setelah beberapa lama, datukku menjadikan emak sebagai pengganti.  Diawal tahun 90an, mak memulakan kerjaya sebagai peniaga.   Warung TokWan menjual nasi lemak emak pelbagaikan dan waktu jualan juga dilanjutkan hingga kepetang.  Perniagaan emak sungguh maju apatah lagi dibantu oleh Arwah adikku Nazrul Nekmat.  Namun, setelah pemergian adikku Nekmat diusia 23 tahun hanya setelah berkahwin selama 32 hari, mak bagai hilang semangat untuk terus berniaga.  Namun, Mak gagahi jua kerana tidak mahu berpeluk tubuh dan menangis setiap hari mengenangkan adikku.  Dengan dibantu isteri adikku, mak teruskan berniaga.  Namun, panas juga tidak sampai kepetang.  Bekas adik iparku bertemu pula dengan jodohnya dan mak sekali lagi hilang pembantu.  Aku bekerja dan tidak tinggal bersama Mak, aku hanya membantu diwaktu lapangku apabila pulang kekampung, itupun jika tidak sibuk menjaga anak-anak yang masih kecil.  Adikku yang tinggal seorang itu, masih sekolah.  Mak, kemudian nekad untuk terus berniaga walaupun seorang diri dengan dibantu oleh pekerja yang digaji.  Pahit manis Mak berniaga, silih berganti namun, aku pasti mak puas kerana telah mempunyai rumah dan sedikit harta hasil dari berniaga.  Waktu silih berganti dan bulan ketahun dan mak kini sudah berhenti dari berniaga.  Mak yang pandai memasak dan menjadi pakar masakan, telah menjadikan bakatnya sebagai karier.  Itulah perkara yang sangat aku kagum dengan Mak.

Oleh yang demikian, aku sebagai anak perempuan Mak, kini berasa malu.  Kenapa.. ya, kenapa.. aku diusia awal 40an begini, masih belum pandai memasak seperti emak.  Adakah kerana tuntutan kerjayaku? atau, aku sebenarnya menggunakan alasan itu untuk tidak memasak atau belajar memasak hingga mungkin semangatku hilang begitu saja.  Arrgghh..!!! mungkin juga.

Mak, kini sudah dipanjat usia, mencecah 65 tahun.  Sudah tidak berdaya memasak seperti dulu lagi dan kini sering sakit-sakit.  Mahu tidak mahu, akulah mengambil alih tugas mak didapur.  Namun, dari terpaksa kini sudah menjadi suka.  Apatah lagi, aku kini tinggal bersama Mak. In Shaa Allah.  Aku akan cuba sedaya upayaku.  Menjadikan memasak sebagai hobi, seperti mana Mak juga.  Anak-anakku yang telah dewasa, sering mengatakan aku pandai memasak seperti Mak.  Walaupun sukar mempercayai pujian ikhlas itu (hehehe..) tetapi aku akur, sebagai ibu, itulah tugasku.

Anak-anakku dan suamiku gembira apabila aku masuk dapur.  Dan, hari ini, Mak mengangkat ibu jari memuji masakan Sayur sawi bersama fishball yang Mak minta aku masakkan.  Ya, ringkas sahaja, tetapi aku memasak dengan kasih sayang untuk Mak.  Dan bagaikan memberi semangat dan dorongan, aku semakin rasa teruja dan bahagia.  Semoga, Allah memberi kelapangan dan waktu untukku balas budi Mak.  In Shaa Allah.  SAYANG MAK.













Saturday, 6 October 2012

Hari Khamis yang indah.. Hehehe.. Jalan-jalan disekitar Tanjung Dawai.. Niat hanya ingin membeli Belacan yang sedappp... Yeaayyy...

Tapi, perut yang kelaparan menyebabkan aku dan Habi merasa amat perlu untuk berhenti mencari makanan... Hmmm.. Nak makan apa Mami?? Satu soalan yang sangat susah hendak dijawab dengan segera sebabbbb soalan itu membuatkan aku jadi pegun.. dan dikotak fikiran mulalah terbayang segala jenis masakan yang sedap-sedap.. Hehehehehe...

Sedang memandu dan kami hampir sampai ke pekan Tanjung Dawai, Habi terpandang sesuatu... "Mami, jom pekena gulai ikan sembilang..???"
Aku dengan petahnya menjawabbb.. "JOMMMMM....!!!!!!"


Masa tu dah pukul 2:30pm.. orang pun dah kurang...

Sambil duduk aku memerhatikan sekeliling.. hmmm.. ternampak periuk tanah diatas meja pengunjung yang sedang menikmati makanan... Ohh!! Gulai letak dalam periuk agaknyaa.. Aku dan Habi penggemar masakan gulai sembilang.. Sudah banyak tempat yang kami cuba, terutama disekitar Juru Pulau Pinang dan kawasan lain sekitarnya.. So far, belum lagilah sesiapa letakkan gulai dalam periuk tanah..

Hehehehehe.. Excited...!!!!

Datang gadis comel mengambil pesanan... Habi memesan makanan .. simple jeee.. Gulai ikan sembilang.. dan sambil bergurau, Habi menyebut "nak telur sama yeee..".. gadis tersebut mengangguk..!!! Eh! Habi memandang aku.. tersengehh.. okeehh, Habi terus memesan... udang goreng biasa dan sayur kangkung juga goreng biasa...

Bila gadis tersebut beredar... Habi terus berkata.. "Mami.. tak sangka laaa... ada telur sembilang.. hehehehe..."... Daku pun terkejut juga sebenarnya... tak pernah lagi kami dapat makan telur sembilang bila memesan gulai ikan sembilang dimana-mana pun..

Akhirnyaaa... pesanan sampaiiii...






                                                  Gulai Sembilang beserta telurnya yang mavelus..  Pertama kali merasanya, aku teringat masakan mak... (mak pun buka kedai makan juga.. tapi, skrg sudah kurang aktif.. dari buka hari2 sudah jadi seminggu sekali).... memang sangat sedap.. so far, the best gulai ikan sembilanglahh..





                                            Udang goreng biasa.. tapi rasanya luarbiasa... sedappp..!!!!



                        Telur ikan sembilang... Fuhh..!!! dalamnya separuh masakkk.. sedappp betuiiii....


Hehehehehehehe... Alhamdulillah...

Oleh sebab, gulai ikan sembilang ada berbaki, Habi mintak dibungkuskan..
Yang paling best.. tuan punya kedai bagi extra kuah dan siap datang bersembang dengan kami selepas Habi selesai membayar.. dan ... jeng.. jeng... malah menghadiahkan kami telur ikan sembilang yang telah disejuk beku untuk dibawa balik... Ya Allah, Murahkanlah rezeki Kak Zarina...



Dari cerita Kak Zarina, rupanya ramai orang-orang terkenal yang selalu datang menikmati hidangan gulai ikan sembilang disini termasuklah Ustaz Haron Din dan saudara.., Sultan Kedah (apabila berkunjung ke tempat persinggahan di Batu Hampar), Sultan Mizan.. dan ramai lagi... Ada gambar sebagai bukti..

Dan lagi, disini ada dijual rempah gulai sembilang.. (siapa berminat silalah contact sendiri...)

Oleh yang demikian sesiapa yang ingin menikmati, gulai ikan sembilang yang enak dan segar.. Silalah berkunjung ke Kedai NAIM GULAI SEMBILANG bertempat di Sungai Pial, Tanjung Dawai.. Buka dari pukul 7pagi - 4 petang dan ditutup pada hari Jumaat.. (Md Ibrahim- 019-4756548/ Zarina - 012-5275014)..

Oh yaa... rasa perlu bagi rating... hehehehe.. Habi kata... untuk Gulai Ikan Sembilang 10/10...


Oraaiitt... next round mungkin aku patut bubuh resepi gulai sembilang pulak yee... hehehe.. sila beri komen jika sudi..



Friday, 29 June 2012

Kebahagianku...


cintaku.. 
Amna Izzah Zahirah selamat dilahirkan pada 3 May 2012.  Perbezaan usia dengan anak keduaku yang kini sudah 12 tahun menyebabkan Amna menjadi permata hati kami semua.
Tiada siapa menjangkakan tetapi kuasa Tuhan itu lebih hebat lagi.  Syukran.  MasyaAllah.  Tiada yang lebih hebat dari kekuasaanMu ya Allah.  Aku tidak pernah terfikir bahawa pada usiaku begini Allah memberi aku satu lagi amanah untuk aku pertanggungjawabkan.
Terimakasih Amna kerana hadir didalam hidup mami.  InsyaAllah, mami akan buat yang terbaik untuk Amna, kakak Aina dan Abang Hafeez.  Permata hati mami selamanya.

Tuesday, 15 May 2012

Pelangi

Engkau pelangi
Warnamu dan warnaku
bersatu
dalam angan-anganku..
Sudah aku susuri jaluran warnamu..
Yang penuh liku..
Ia hujan.. yang menangis..
Ia cahaya.. yang sirna..
Walau kau pamer gemilang warna..
Namun hatimu duka..
Pelangiku..
Kita adalah satu..