Saturday, 30 July 2011

Bab 1 "Projek Melobi Suzi"

Hati ini berdetup-detap bila mengingatkan pagi nanti.  Jam didinding sudah menunjukkan pukul 3 pagi, tetapi mata ini masih enggan untuk melelapkan mata.  Aduhai la mata, mengapa masih enggan mahu tidur.  Aduhai la otak, mengapa masih terus ingat dan ingat kepada peristiwa malam tadi.  Huhuhu, bak kata orang sekarang.  Aku sudah ditimpa penyakit angauuu..???
Semalam Rifzman memegang tanganku erat. Gulp. Oppss, silap itu hanya didalam anganku.  Rifzman hanya terpegang tanganku.  Itu pun sebab hendak memegang buku setebal 300 muka surat.  Buku ilmiah bertajuk "Anatomy and Physiology of Human Body" itu menjadi sebab aku dapat mendekati Rifzman selepas Rifzman menunjukkan dengan memuncungkan mulutnya padaku di perpustakaan semalam, kearah buku tersebut.  Kalau tidak, huh, aku hanya dapat memandang Rifzman dari jauh.  Rifzman, lelaki hensem budak 6 A atas itu sudah lama aku perhatikan dari jauh.  Sikapnya yang pendiam (?), pemalu (?) dan sungguh kacak (ok, ok, itu dari pandangan mata aku laa...) begitu menarik minatku.  Kenapa yaa.. ?? Aku sendiri pun tidak tahu.  Kenapa aku boleh berkenan sangat dengan dirinya.  Ramai 'girl friend' tuu..., Suzi rakan baikku pernah mencebik sewaktu aku bertanya tentang Rifzman.  Ramai girl friend..?? Teman wanita..??? Teman perempuan biasa..?? So far, aku tidak pernah dengar tentang Rifzman mempunyai teman wanita, teman wanita biasa atau yang sewaktu dengannya.  Tetapi, telahanku mungkin juga tidak tepat.  Aku mungkin tidak mengetahui, kalau pun dia mempunyai buah hati, buah tangan atau apa-apapun.  Yang pasti, aku tidak peduli.
Aku mengalih tidur kesisi.  Suzi, kelihatan nyenyak tidur.  Berkerekot kesejukan.  Aku bangun dan menyelimutkannya.  Kipas angin diatas syiling berputar ligat.  Aku masih belum dapat melelapkan mata. 
Esok, aku ada projek drama yang perlu disiapkan.  Kami masih lagi mencari-cari aktor lelaki pengganti tempat Hassim yang patah kaki jatuh tangga dirumahnya.  Mahu saja aku mencadangakan kepada jawatankuasa pemilihan supaya memilih Rifzman sebagai pengganti Hassim, tetapi siapa lah aku.  Hanya sekadar ahli kelab.  Sudah tentu ramai yang tidak bersetuju.  "Kamu, something wrong aaa..??"  Agaknya itulah yang bakal dikatakan oleh ahli yang lain padaku.  Tetapi, hmmm... tidak salah mencuba kan..??? Lagipun, pertunjukkan akan dimulakan sebulan lagi.  Crucial time, kata org putih.  Tak salah mencuba, pujuk hatiku lagi.  Esok, aku perlu mencuba esok.  Esok, aku akan mulakan projek melobi. He..he..he.. Mujur, presiden Kelab adalah Suzi.  Ya, Suzi.  Kamu kini adalah pujaan hatiku. Jadinya, aku namakan projek ini sebagai "Projek Melobi Suzi". Hehehehe...
Tidak pasti pukul berapa aku terlelap, yang pasti aku sudah bangun lewat pagi.

Thursday, 28 July 2011

Pening

Masih lagi dalam dilemma.. cerita apa yang hendak aku karang..?? Aku mestilah membuat cerita yang menarik, supaya aku dapat ramai peminatt... hahaahhahaha... (hmmm.. sungguh angan-angan tinggi.. peminat konon).  Cerita apa yaa..?? Cerita apa niii...??? Hmmm.. kena sambung berfikir lagiii nampaknyaaa... Give me justttt a little bit of time.. Leh..???

Friday, 22 July 2011

Teringin

Okeh.. Aku sedang fikir dan berkira-kira untuk mengarang cerita bersiri.. macam drama bersiri jugak laa.. Agak-agak, ada tak orang yang sudi mengikutinya.. hehehehe.. teringin nak memenuhi impian diwaktu remajaku.. menjadi novelis terkenal.. (tapi, bahasa malaysiaku kini sudah semakin rojak dengan bahasa pasar.. tapiiii... kenapa mesti kalah sebelum mencuba... Baik, cerita sedih atau cerita lucu..?? yang mana satu..?? Atau, aku kombinasikan keduanya..??? Hmmmmm...

Sunday, 17 July 2011

Pergi

Pergi
Kau pergi
Kau pergi kini
Jauh dariku

Kecewa
Hati kecewa
Hati kecewa lagi
dengan sikapmu

Duhai cinta
tidak pernah mengerti
tidak pernah fahami
aku kau pinggiri

Mencari
Aku mencari
Aku mencari kembali
namun tidak mungkin aku temui

Aku hilang.. hilang harga diri

Sunday, 10 July 2011

Surat untuk Hafiz

Hafiz,
Mami percaya abang adalah seorang anak yang baik, berbudi pekerti mulia dan jujur.  Selama ini, tidak pernah lekang, mami memanjatkan doa supaya abang tidak mengikut jejak langkah budak-budak nakal dan menjadi anak yang durhaka.  Tetapi, abang, apa yang Mami rasa sekarang adalah satu kesedihan.  Kesedihan yang panjang yang tidak mungkin dapat dikurangkan.

Kenapa abang, kenapa?  Kenapa abang ponteng sekolah?? Pada hari Mami dapat tahu, abang ponteng sekolah, Mami jadi kecewa sangat-sangat.  Puas Mami bertanya, macam-macam alasan yang abang beri.  Jadi, Mami telah memarahi abang.  Apa yang Mami lakukan adalah semata-mata kerana Mami sangat-sangat kasih pada abang.  Mami minta maaf kalau Mami telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.  Dalam situasi begitu, Mami percaya, Ustazah pun pasti akan hilang kesabaran juga.  Terutama, kalau dapat anak macam abang yang suka memintas cakap orang tua.  Mami sudah cuba untuk bertenang.  Sudah cuba untuk tidak memarahi abang, tetapi ini adalah kali kedua abang ditangkap oleh Achu.  Ya, mungkin Tok agak lurus, dan percaya saja bila abang beritahu, sekolah cuti kerana menyambut harijadi gurubesar.  Nasib baik, Achu tidak semudah itu untuk abang auta.

Hafiz,
Abang sudah lupakah semua perkara yang kita lalui bersama-sama sejak Mami dan Babah berpisah??  Adik Aina masih kecil ketika itu dan tidak mengerti apa-apa tetapi abang sudah besar.  Sudah mengerti.  Jadi, kenapa harus abang jadi begini.  Bukankah kita bertiga, sudah berjanji untuk sama-sama memperbaiki kehidupan kita?

Mami sedih bila mami membaca nota didalam telefon abang tadi.  Abang tulis disitu " Ya Allah, ringankan penderitaan yang sedang aku tanggung ini.  Aku berjanji akan berubah dan menjadi seperti yang ibu aku mahu.  Aku mahu tinggal bersama ibuku.  Aku mahu, ibuku tahu aku sangat sedih melihat dia seorang diri mencari rezeki.  Ringankanlah penderitaan ini ya Allah."  Abang, sekarang baru Mami faham, kenapa abang beria-ia mahu bekerja tempoh hari.  Abang baru berusia 13 tahun.  Abang masih kecil.  Mami faham apa yang abang maksudkan.  Mami faham, anakku.  Apakan daya.  Kita harus tempuh semua ini dengan tabah.  Kita harus cekalkan semangat dan teruskan usaha.  Tidak mudah untuk berjaya, abang. Mami percaya, adik Aina juga pasti berperasaan yang sama.  Mami mahu abang berjaya didalam pelajaran.  Kelak, itu akan menjadi hadiah tidak ternilai untuk seorang ibu.  Biarlah Mami seorang mencari rezeki, itu sudah menjadi tanggungjawab Mami.

Mami sudah berjanji dengan abang dan adik.  Mami akan kotakan janji Mami itu.  Selesai 'Study' Mami nanti, kita bertiga akan bersama semula.  Jadi, sabarlah anakku.  Sabarlah untuk seketika, ya.  Abang jangan merasa bersalah atau merasa sedih.  Mami percaya, Allah bersama kita.

Abang, jangan lupa solat. 

Friday, 8 July 2011

Kereta Slow, Apa hal..????

Balik dari J lalu jalan tuuu... Awal lagi nii.. baru pukul 9 pagi... heeeee... seronok aaa tak dak kereta.. jalan bengkang-bengkok, leh bawak laju..sikittt... (hmmm.. 70-80km/hr tu kira laju tak aaa..??).. aku dah bosan bawak slow.....hehehe..
sampai kat selekoh tu.. tiba-tiba ada pulak kereta itu... Adussss... apahal nii.. kenapa bawak 40km/hr... tak ada pilihan, aku ikut jaaa dari belakang... mmg perlahan betul laaa.. makin lama, semakin resah rasa hatiku... alahaiiii... macam ni, bila nak sampai..????
Aku usha.. punya usha.. punya usha.. last-last, dapat jugak aku memotong kereta slow itu... alamak, dok bercinta rupanyaaaa.. Cissss... patut la aku tengok dari belakang, badan si driver dan si penumpang dekat-dekat... sekali imbas, nampak macam dah berumur sikit la lelaki tuu, yang perempuan, aku tak nampak...
caitttssss... buang masa aku jaaaaa....
Fenomena duduk dekat a.k.a bercinta (aku tak rasa, pemandu tu sedang sakit sebab 1- muka dia senyum jaa, 2-kalau sakit, masih boleh bawak kereta kaa..??) memang selalu aku terjumpa setiap kali aku melalui jalan J itu.. (bukan orang yang sama laaa....).. kenapa eeekkk..???
Sebab jalan itu sunyi kaaa..??? tapi, banyak lori balak lalu tauuu...
hinggakan, aku dah dapat agak, kalau ada kereta slow, besar kemungkinan sebab sedang bercinta.. dah tu, tak dak perasaan pulak tuuuu... atau, buat-buat tak nampak dengan kereta yang sedang ikut dari belakang...
kalau satu kereta dan jalan tak sibuk, aku rasa boleh tahan laaa...
taaaappiiii... ada sekali tuuu, aku kena.. kereta yang ikut belakang tu punya la panjang.. berderet jaa.. mamat tu buat selamba jaaaaa...
dan seperti biasa, bila kita potong kereta tu, muka pemandu mesti sedang senyum, happy...
cisssssssssssssssss.....
tak dak hati perut langsung....
ikut hati sendiri jaaaaa....
yang pasti, ini semua mengundang BAHAYA... bukan sahaja kepada kita tetapi jugak kepada pemandu lain sebab, setiap kali potong kereta slow tu, mesti nak tengok pemandunya.. dan lupa nak memandang kehadapan... bayangkan kalau ada lori dijalan bertentangan tuuu.. huhuhuhu...
lagipun, ini memang boleh mengundang kemarahan niii.. sebab asyik mengekori kereta slow tuu.. kalau ada sebab tu lain laaa e.g. rosak
boleh melambatkan orang yang perlu cepat untuk pergi kemana-mana..

Jadinya menerusi blog ini, ingin aku menasihati semua pemandu.... Tolong Jangan Memandu dan Bercinta.. Sila berhenti, dan bercinta ditempat yang sesuaiiii..... jangan jadikan jalanraya sebagai tempat untuk bercinta... Bolehhhh kaaaa....??????

Friday, 1 July 2011

Cinta

Hari Rabu itu hari yang suram. Mami kasihan melihat Mas yang resah asyik memikirkan tentang teman lelaki yang selalu berbalas sms dengannya.  Memang penat memikirkan kenapa sudah beberapa hari, teman lelaki itu tidak menelefonnya seperti biasa.  Penat memikirkan kenapa, pada waktu begini telefon teman lelakinya itu rosak menyukarkan Mas untuk bertanya khabar. Selama sebulan berkenalan inilah kali pertama Z hilang tanpa berita.  Selalunya Mas akan kelihatan ceria, tetapi tidak hari ini. 
"Z masih belum call??" Mami bertanya.
Wajah Mas kelihatan kelat, walaupun, dia cuba tersenyum.  Mami seakan dapat membaca hati Mas yang sedang kesedihan itu.
"itulah.. dah suruh MMS ja gambar dia, sekarang, kan ka susah.. Nak cari tak tahu alamat rumah.. tempat kerja pun tak pasti dimana.." Mami meluahkan perasaan kesal kepada Mas.  Mas diam.  Ah! Mami rasa bersalah pula.
"apa kata.. kita buat sesuatu.. mau??" cadang Mami.
Mas seperti terpinga-pinga.  "Buat??.. Buat apa Mami??"
"Jom, kita pi cari dia kat tempat keja dia.  Ari tu Mas kata, dia ada cakap kerja dimana kan..???" Mami cuba memberi harapan.  Tumpah perasaan kasih kepada kawan baiknya itu.  Mas tersengih pula. "Malu aahh..!!!"
"ala jom laa.. daripada ang dok susah hati macam ni.. lebih baik kita 'settle' terus"
Wajah Mas bertukar ceria.  "OK.. tapi, mari kita kerumah dia dulu, sebab dekat jaa.. "
"Eh!.. rumah tau pula.."
"Dia baru cakap jaa.. dia dah cakap rumah yg mana.."
"nombor rumah??"
"tak paa.. Mas tau rumah yang mana"
Mas tersenyum gembira.
Petang Rabu itu, cuaca mendung.  Kereta Savvy warna merah, meluncur laju ke arah Alma. 
Taman perumahan ditepi pasar malam dan padang bola itu dihampiri.  Setiap rumah, seperti tidak berpenghuni.  Puas mencari rumah yang dimaksudkan tetapi tidak berjumpa. Mas tidak tahu nombor rumah, tetapi yakin dapat berjumpa kerana sudah diberi tanda rumah hujung ditepi padang bola tersebut.  Tapi, rumah itu, rumah usang.  Seperti sudah lama ditinggalkan.  Mami memandang Mas, Mas memandang Mami.  Mami bagai dapat mengesan kesedihan Mas. 
"Takpa.. jom kita pi tempat kerja dia yaa...!!"
Mas mengangguk perlahan.  Kali ini, Savvy merah meluncur pula ke Butterworth.
Tempat yang dimaksudkan dicari.  Namun orang yg dicari tidak juga berjumpa.  Tiada siapa mengenali Z. 
Tiada siapa yang mengenali Z..!!!!!
Ya Allah.  Kali ini.  Mas menangis tersedu2.  Mujurlah, tiada perkara berlaku diantara dia dan Z.  Selepas, suaminya meninggal beberapa bulan yang lalu, inilah kali pertama, hati Mas terbuka untuk seorang lelaki. 
Alangkah hancurnya hati seorang balu yang mempunyai 2 orang anak yang masih kecil ini.
Lelaki memang mudah datang dan pergi dari hidup ini, tetapi, dengan kehadiran 2 orang itu, tidak mudah untuk seorang ibu menerima lelaki dengan mudah. 
Hingga kehari ini, Mami juga penat memikir.  Apa motifnya, Z datang dan tiba-tiba pergi... :(