Cinta

Hari Rabu itu hari yang suram. Mami kasihan melihat Mas yang resah asyik memikirkan tentang teman lelaki yang selalu berbalas sms dengannya.  Memang penat memikirkan kenapa sudah beberapa hari, teman lelaki itu tidak menelefonnya seperti biasa.  Penat memikirkan kenapa, pada waktu begini telefon teman lelakinya itu rosak menyukarkan Mas untuk bertanya khabar. Selama sebulan berkenalan inilah kali pertama Z hilang tanpa berita.  Selalunya Mas akan kelihatan ceria, tetapi tidak hari ini. 
"Z masih belum call??" Mami bertanya.
Wajah Mas kelihatan kelat, walaupun, dia cuba tersenyum.  Mami seakan dapat membaca hati Mas yang sedang kesedihan itu.
"itulah.. dah suruh MMS ja gambar dia, sekarang, kan ka susah.. Nak cari tak tahu alamat rumah.. tempat kerja pun tak pasti dimana.." Mami meluahkan perasaan kesal kepada Mas.  Mas diam.  Ah! Mami rasa bersalah pula.
"apa kata.. kita buat sesuatu.. mau??" cadang Mami.
Mas seperti terpinga-pinga.  "Buat??.. Buat apa Mami??"
"Jom, kita pi cari dia kat tempat keja dia.  Ari tu Mas kata, dia ada cakap kerja dimana kan..???" Mami cuba memberi harapan.  Tumpah perasaan kasih kepada kawan baiknya itu.  Mas tersengih pula. "Malu aahh..!!!"
"ala jom laa.. daripada ang dok susah hati macam ni.. lebih baik kita 'settle' terus"
Wajah Mas bertukar ceria.  "OK.. tapi, mari kita kerumah dia dulu, sebab dekat jaa.. "
"Eh!.. rumah tau pula.."
"Dia baru cakap jaa.. dia dah cakap rumah yg mana.."
"nombor rumah??"
"tak paa.. Mas tau rumah yang mana"
Mas tersenyum gembira.
Petang Rabu itu, cuaca mendung.  Kereta Savvy warna merah, meluncur laju ke arah Alma. 
Taman perumahan ditepi pasar malam dan padang bola itu dihampiri.  Setiap rumah, seperti tidak berpenghuni.  Puas mencari rumah yang dimaksudkan tetapi tidak berjumpa. Mas tidak tahu nombor rumah, tetapi yakin dapat berjumpa kerana sudah diberi tanda rumah hujung ditepi padang bola tersebut.  Tapi, rumah itu, rumah usang.  Seperti sudah lama ditinggalkan.  Mami memandang Mas, Mas memandang Mami.  Mami bagai dapat mengesan kesedihan Mas. 
"Takpa.. jom kita pi tempat kerja dia yaa...!!"
Mas mengangguk perlahan.  Kali ini, Savvy merah meluncur pula ke Butterworth.
Tempat yang dimaksudkan dicari.  Namun orang yg dicari tidak juga berjumpa.  Tiada siapa mengenali Z. 
Tiada siapa yang mengenali Z..!!!!!
Ya Allah.  Kali ini.  Mas menangis tersedu2.  Mujurlah, tiada perkara berlaku diantara dia dan Z.  Selepas, suaminya meninggal beberapa bulan yang lalu, inilah kali pertama, hati Mas terbuka untuk seorang lelaki. 
Alangkah hancurnya hati seorang balu yang mempunyai 2 orang anak yang masih kecil ini.
Lelaki memang mudah datang dan pergi dari hidup ini, tetapi, dengan kehadiran 2 orang itu, tidak mudah untuk seorang ibu menerima lelaki dengan mudah. 
Hingga kehari ini, Mami juga penat memikir.  Apa motifnya, Z datang dan tiba-tiba pergi... :(

Comments

Popular Posts